Saturday, 28 September 2013

Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

Assalamualaikum...

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Friday, 27 September 2013

CPUV Ke-2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat lagi cpuv ke dua. Kali ni daripada Talent Corp SFCF. Alhamdulillah rezeki selang sehari. Thank a lot nuffnang



Ini iklan yang tengah menari dalam Love Is Simple



Thank you Sally & Cik Itah

Assalamualaikum..

Selalu beborak dengan miss Sally  dan cik Itah kitee ni. Godek punya godek rupa-rupanya diorang berdua pun listkan blog ni jadi bloglist dia. Alhamdulillah, ada juga orang yang nak amik tau akan perihal blog ni hehehe. By the way thank you so much to all of you. ^_^

 Hhehehhehehe

Perkongsian Hari Jumaat

Assalamualaikum...


Mereka Cari Isteri Mat Yo Di Love Is Simple


Assalamualaikum...

Semalam cek traffik source, tengok di search keywords, orang search gambar isteri mat yo dan heboh isteri mat yo. Waa isteri Mat Yo dah jadi famous jap walaupun tak berapa famous pun.  Sebenarnya entri ni sepatutnya post semalam, tapi disebabkan internet tak berapa laju entri ni di post pada hari ini. 

Thursday, 26 September 2013

Cuba Teka

Assalamualaikum...



Cuba teka Kinah yang mana satu huhu


Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Terkejut dengar berita tadi mengenai pemergian bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Ust Azizan Razak telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.45 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah. Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah


Pergi Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Pulau Pinang??? Ha itu adalah destinasi yang akan Kinah pergi pada esok hari. Tadi terima panggilan daripada kakak sepupu "jom Kina kita pergi Penang Mak Anjang ajak jaga anak Cik Anit" Kinah pun apa lagi ok jela sebab dah jadi suri rumah sepenuh masa ni. Nampak gayanya blog ni akan sepi la kejap dalam beberapa hari ni. Kalo ada post entri pun tu cuma kinah dah buat automatic post ye. Sungguhpun Kinah tak ada beberapa hari ni, jangan lupa tinggalkan jejak korang. Kinah balik nanti Kinah balas kunjungan korang tu ye.  

Pulau Pinangg here i come ^_^

Wednesday, 25 September 2013

Heboh Isteri Mat Yo Maki Hamun Pengawal Keselamatan

Assalamualaikum...

Bukak FB, bukak blog semua kecoh hal bini Mat Yo maki hamun dengan kata-kata yang kurang sopan hanya kerana pengawal keselamatan tersebut meminta supaya pasangan tersebut mengalihkan kenderaan yang dinaiki mereka kerana kenderaan tersebut berada di kawasan yang tidak dibenarkan. Apa nak jadila dengan orang sekarang ni. Mana perginya nilai-nilai murni korang ni. Pak cik tu cuma menjalankan tanggungjawabnya saja. Dia menegur sebab awak tu salah, cuba cakap baik-baik mesti pakcik tu faham. Ini tak awak pergi maki hamun pakcik tu. Siap buat rakaman lagi kononnya nak saman pakcik tu. Sekarang siapa yang salah sebenarnya, awak ke pakcik tu??? Mat yo pulak dikatakan kelihatan terpinga-pinga berada di luar kenderaan dan berdiri di sebelah pakcik tu tanpa sebarang tindakan untuk meleraikan. Entahlaaaaaaa

Mat yo dan isterinya 




Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum

Teruja sangat ni bila cek dekat akaun nuffnang ada satu cpuv melekat. Alhamdulillah, selepas maintain trafik dengan cuba hantar tiket pada nuffnang harini dapat juga cpuv. Dulu tengok orang punya jer


Inilah iklannya 
Jangan lupa tekan ye ^_^



Terima Kasik Kak Lieya

Assalamualaikum

Punyala tak perasan, Kak Lieya pun senaraikan blog ni dalam bloglist dia. Alhamdulillah sekali lagi blog picisan ni dipilih. Rasanya kebanyakan entri Kinah ni banyak ke laut je tapi masih ada yang sudi bloglist. Kalo nak tau siapa Kak Lieya ni, inilah orangnya

Sweet orangnya. (Sori kak amik gambar tak mintak izin)


Terima Kasih Mama

Assalamualaikum

Post kali ni, nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mama As Blog sebab telah menyenaraikan Love is Simple ni ke dalam bloglist cute. Eh Cute ke? heheheh. Bukan apa macam tak percaya aje bila blog picisan ni masuk dalam bloglist mama. Ni antara jejak mama yang sempat Kinah printscreen

 Ni dari blog Love is Simple

Yeay dah masuk dalam bloglist cute mama.

Appreciate sangat bila mama memilih blog picisan ni. Tenkiu mama ^_^



Tuesday, 24 September 2013

Pengikat Kasih Suami

Assalamualaikum...

Ha baca tajuk macam gempak tapi takla gempak sangat pun. Baca di atas tu, orang perempuan sungguhpun tak pandai masak takpe, janji rajin masak. Masak yang simple-simple pun dah memadai. Takkan tak tau masak langsung. Masak nasi pun dikira masak juga. Sebenarnya air tangan isteri ni merupakan pengikat kasih antara suami. Pernah dengar kata-kata ni 'kalau nak suami sayangkan kita, ikatla perutnya'. Lepas ni rajin-rajinla memasak wahai isteri di luar sana. Jangan asyik beli kat luar saja. Cewah nasihat macam dah bersuami tapi bakal bersuami heheh.

Hehehehhehehe

Berwajah Baru

Assalamualaikum...

Blog ni baru je cat, template yang lama tu nampak agak serabut dengan widget dan sebagainya tambah dengan line internet macam siput. Template kali ni kinah amik dari Nabila Medan. Nak buat sendiri tak pandai huhuhu. 

Kasi komen sikit



Pelatih PLKN Mati Dalam Bilik Mandi

Assalamualaikum...

Seorang pelatih PLKN ditemui mati di bilik mandi kem PLKN Pinggiran Pelangi. Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklumkan kepada pihak kem tersebut. Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara  (JLKN) Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, magsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan. Menurutnya lagi, mangsa sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan menjalani latihan bersama rakan-rakan pelatih seperti biasa. 



Monday, 23 September 2013

Jom Berzikir

Assalamualaikum...



NGO Bantah Cubaan Bawa Abu Mayat Chin Peng Ke Malaysia

Assalamualaikum...

Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  membuat laporan polis semalam untuk menggesa kerajaan bagi mengambil tindakan dan langkah-langkah tegas berhubung cubaan pihak tertentu yang didakwa merancang menyeludup abu mayat Chin Peng ke negara ini yang telah mati pada 16 September lalu di Bangkok, Thailand. Antara NGO yang terlibat membuat laporan serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam ialah Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Pertubuhan Kebajikan Keris Mas Malaysia, Persatuan Kebajikan Melayu Klang dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sumber dari google

Keratan Akhbar Kosmo


Sunday, 22 September 2013

Kerajaan Pantau Usaha Seludup Abu Mayat Chin Peng

Assalamualaikum...

Kerajaan akan terus memantau usaha pihak tertentu yang didakwa merancang untuk menyeludup masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke negara ini. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan melalui pihak keselamatan akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap usaha tidak bertanggungjawab itu. Zahid turut memberitahu, tindakan larangan itu dilakukan bagi mengelak ketua pengganas itu diangkat sebagai ikon berikutan kematian lebih 10,000 mangsa dalam konflik berdarah PKM di Malaysia. Chin Peng meninggal dunia pada 16 September lalu di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.



Sumber dari google

Punca Jejaskan Produktiviti Kerana Mengantuk

Assalamualaikum...

Isu mengantuk bukan sahaja sering dihidapi oleh mereka yang baharu sahaja memulakan kerja, malah turut dihadapi oleh mereka yang telah bergelar senior. Terdapat beberapa faktor yang menjadi puncanya antaranya ialah kerja sehingga lewat malam, tidak nyenyak tidur, mahupun insomnia. Namun begitu, ada juga  yang terjadi adalah disebabkan kelalaian sendiri seperti keluar bersuka ria sehingga lewat malam umpama esok hari tidak bekerja. Oleh itu, terdapat beberapa tip bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah

Tidak cukup tidur 
Alasan pertama yang sering diberikan. Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang berkualiti supaya pada keesokkan harinya anda dapat bangun dengan penuh kesegaran.
 Gangguan Jiran
Masakan anda dapat tidur dengan lena dan bangun dengan segar keesokkan harinya jika ada jiran yang bertukang, berkaraoke, bertekak dengan kuat. Situasi ini agak sensitif kerana jika tersilap kata mungkin boleh membangkitkan perbalahan. 
Berseronok Hingga Lewat Malam
Bersuka ria selepa tamat waktu kerja merupakan aktiviti yang digemari terutamanya kepada mereka yang masih bujang. Tiada salahnya untuk bertemu janji dengan teman-teman tetapi perlu ada hadnya. Elakkan daripada berbual-bual sehingga lewat malam atau membiarkan badan sehingga terlalu letih.  
 Keletihan
Sedang segelintir bergembira, masih ada yang bekerja keras untuk menambah rezeki dengan bekerja lebih masa. Sikap sebegini seharusnya dipuji kerana tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bagaimanapun usah terlalu memaksa diri kerana tubuh memerlukan rehat secukupnya. Jadi bekerjalah apa yang termampu dan jangan biarkan masalah keletihan mengganggu hasil kerja anda.

Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri

Assalamualaikum...

Dengan hanya sekali lafaz akad, pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Md. Zhafran Md Yusof semalam. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Muhd Sujak Mohd. Dasuki dengan disaksikan abang Fouziah, Nagoor Shah dan Syed Baba Mohd Gous serta wali, Abd. Wahab Mohd. Gous. Pada majlis itu, Fouziah kelihatan anggun menggenakan busana putih rekaan Atilia Amani menerima RM1112 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM50,000. TAHNIAH!!!!


© Love Is Simple
Maira Gall