Monday, 30 September 2013

Buat Backlink

Assalamualaikum...

Entri kalini untuk Mama. Mama tanya kinah macam mana nak buat backlink.


Pertama sekali tekan link



Akan keluar


Jadi macamni

Dah siap. Sama jugak kalo nak buat pada banner untuk backlink. Klik pada banner tu dan ikut step atas tadi. Hope mama faham penerangan kinah ni ^_^



Bumbung Masjid di Terengganu Runtuh

Assalamualaikum...

Lepas satu-satu bumbung runtuh, haritu bumbung di stadium runtuh, sekarang ni bumbung masjid pulak. Esok lusa entah apa la yang runtuh pulak. Keadaan macam ni membimbangkan orang ramai untuk pergi ke tempat awam kerana rasa tidak selamat lagi. Syukur tiada jemaah yang berada dalam masjid ketika itu. Bagaimana jika ada jemaah dalam masjid tu? Subhanallah. Diharap lepas ni pihak yang bertanggungjawab janganlah buat kerja sambil lewa, buatlah ikut spesifikasi jangan kerana nak mengaut untung lebih nyawa orang yang tidak berdosa tergadai. Selepas ini, harap kerajaan Negeri menetapkan syarat tender yang lebih ketat lagi kepada kontraktor supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber daripada Google


3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Sabar

Assalamualaikum...


Mini September Birthday GA


Assalamualaikum...

Tamat 30 September

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway.


Assalamualaikum!

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan. 

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan! 




Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini 


Sunday, 29 September 2013

Trafik Jatuh

Assalamualaikum...

Allahuakbar, trafik jatuhla pulak. Mana taknya dah dua hari tak berblogwalking sebab holiday akhirnya trafik Kinah jatuh hmm jenuhla nak upkan balik trafik. Huwaaaaaaa

Sungguhpun trafik takla tinggi syukurlah


Ajal Bawah Treler Bapa

Assalamualaikum...

Sedih baca akhbar kosmo harini. Kanak-kanak lelaki dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah Pontian, Johor. Muhammad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter. Dua minggu sebelum kejadian, Rifaie yang manja dengan bapanya, Aznizam Mohd. Jahis, 33 dilihat suka gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit milik ibunya seolah-olah petanda yang dia akan meninggalkan keluarga itu dalam masa terdekat. 



Cari Kerja Susah Sekarang

Assalamualaikum...

Sekarang nak dapat kerja memang susah. Mana taknya, sekali keluar daripada universiti bukannya sedikit tapi ramai, itu baru je satu universiti belum campur dengan IPTS lagi. Masing-masing sedang berlumba untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Macam Kinah jugakla, dah bermacam-macam permohonan dari online sampaila ke borang satu pun tak ada feed back. Frust jugakla, tapi nak buat macam mana itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh fresh graduate macam kami. Kebanyakan majikan nak yang ada experience tapi golongan fresh graduate macam kami ni tak diberi peluang macam mana nak timba pengalaman hmm tak rasional betul. Nak kata memilih kerja pun tak abis semua kita apply tapi takda jugak. Walau apa pun ini semua dah ditetapkan oleh Allah SWT, Dia yang telah tetapkan rezeki untuk kita. Kita cuma berusaha dan berdoa aje. Tapi ada jugak sesetengah pihak yang memandang serong terhadap kita dan sok sek asyik duduk rumah menambah berat badan je, sapa kata menambah berat badan, dalam masa yang sama kami keluar mencari kerja tapi dah tak ada rezeki untuk kita. Kadang-kadang rimas jugak bila dengar pelbagai tohmahan yang dilemparkan, sebelum cakap tu tolong fikir perasaan orang tu dulu. Ada rezeki tu cuma Allah belum tunjuk lagi. Bukan kita mintak jadi macam ni. 


Macammana Nak Hantar Tiket Ke Nuffnang

Assalamualaikum..

Entri kali ni nak menjawab soalan daripada Telinga Bulat, dia tanya macam mana nak hantar tiket ke Nuffnang

Pertama sekali cari ni

 Lepastu

Tick pada bahagian ni

Kemudian isi bahagian ni 
P/s priority tu tukar jadi high ye, biar pihak nuffnang nampak kewujudan awak punya suggestion and enquiries tu. Selepas tu submit.

Harap penerangan saya ni jelas untuk awak ye TB. Sori lambat buat entri ni 


Bayi dan Kucing Comel

Assalamualaikum...

Sumber Facebook

Saturday, 28 September 2013

Ciri Isteri Yang Dekat Dengan Syurga

Assalamualaikum...

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.
Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Friday, 27 September 2013

CPUV Ke-2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat lagi cpuv ke dua. Kali ni daripada Talent Corp SFCF. Alhamdulillah rezeki selang sehari. Thank a lot nuffnang



Ini iklan yang tengah menari dalam Love Is Simple



Thank you Sally & Cik Itah

Assalamualaikum..

Selalu beborak dengan miss Sally  dan cik Itah kitee ni. Godek punya godek rupa-rupanya diorang berdua pun listkan blog ni jadi bloglist dia. Alhamdulillah, ada juga orang yang nak amik tau akan perihal blog ni hehehe. By the way thank you so much to all of you. ^_^

 Hhehehhehehe

Perkongsian Hari Jumaat

Assalamualaikum...


Mereka Cari Isteri Mat Yo Di Love Is Simple


Assalamualaikum...

Semalam cek traffik source, tengok di search keywords, orang search gambar isteri mat yo dan heboh isteri mat yo. Waa isteri Mat Yo dah jadi famous jap walaupun tak berapa famous pun.  Sebenarnya entri ni sepatutnya post semalam, tapi disebabkan internet tak berapa laju entri ni di post pada hari ini. 

Thursday, 26 September 2013

Cuba Teka

Assalamualaikum...



Cuba teka Kinah yang mana satu huhu


Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Terkejut dengar berita tadi mengenai pemergian bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Ust Azizan Razak telah kembali ke rahmatullah pada pukul 11.45 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah. Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah


Pergi Pulau Pinang

Assalamualaikum...

Pulau Pinang??? Ha itu adalah destinasi yang akan Kinah pergi pada esok hari. Tadi terima panggilan daripada kakak sepupu "jom Kina kita pergi Penang Mak Anjang ajak jaga anak Cik Anit" Kinah pun apa lagi ok jela sebab dah jadi suri rumah sepenuh masa ni. Nampak gayanya blog ni akan sepi la kejap dalam beberapa hari ni. Kalo ada post entri pun tu cuma kinah dah buat automatic post ye. Sungguhpun Kinah tak ada beberapa hari ni, jangan lupa tinggalkan jejak korang. Kinah balik nanti Kinah balas kunjungan korang tu ye.  

Pulau Pinangg here i come ^_^

Wednesday, 25 September 2013

Heboh Isteri Mat Yo Maki Hamun Pengawal Keselamatan

Assalamualaikum...

Bukak FB, bukak blog semua kecoh hal bini Mat Yo maki hamun dengan kata-kata yang kurang sopan hanya kerana pengawal keselamatan tersebut meminta supaya pasangan tersebut mengalihkan kenderaan yang dinaiki mereka kerana kenderaan tersebut berada di kawasan yang tidak dibenarkan. Apa nak jadila dengan orang sekarang ni. Mana perginya nilai-nilai murni korang ni. Pak cik tu cuma menjalankan tanggungjawabnya saja. Dia menegur sebab awak tu salah, cuba cakap baik-baik mesti pakcik tu faham. Ini tak awak pergi maki hamun pakcik tu. Siap buat rakaman lagi kononnya nak saman pakcik tu. Sekarang siapa yang salah sebenarnya, awak ke pakcik tu??? Mat yo pulak dikatakan kelihatan terpinga-pinga berada di luar kenderaan dan berdiri di sebelah pakcik tu tanpa sebarang tindakan untuk meleraikan. Entahlaaaaaaa

Mat yo dan isterinya 




Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum

Teruja sangat ni bila cek dekat akaun nuffnang ada satu cpuv melekat. Alhamdulillah, selepas maintain trafik dengan cuba hantar tiket pada nuffnang harini dapat juga cpuv. Dulu tengok orang punya jer


Inilah iklannya 
Jangan lupa tekan ye ^_^



Terima Kasik Kak Lieya

Assalamualaikum

Punyala tak perasan, Kak Lieya pun senaraikan blog ni dalam bloglist dia. Alhamdulillah sekali lagi blog picisan ni dipilih. Rasanya kebanyakan entri Kinah ni banyak ke laut je tapi masih ada yang sudi bloglist. Kalo nak tau siapa Kak Lieya ni, inilah orangnya

Sweet orangnya. (Sori kak amik gambar tak mintak izin)


Terima Kasih Mama

Assalamualaikum

Post kali ni, nak ucapkan ribuan terima kasih pada Mama As Blog sebab telah menyenaraikan Love is Simple ni ke dalam bloglist cute. Eh Cute ke? heheheh. Bukan apa macam tak percaya aje bila blog picisan ni masuk dalam bloglist mama. Ni antara jejak mama yang sempat Kinah printscreen

 Ni dari blog Love is Simple

Yeay dah masuk dalam bloglist cute mama.

Appreciate sangat bila mama memilih blog picisan ni. Tenkiu mama ^_^



Tuesday, 24 September 2013

Pengikat Kasih Suami

Assalamualaikum...

Ha baca tajuk macam gempak tapi takla gempak sangat pun. Baca di atas tu, orang perempuan sungguhpun tak pandai masak takpe, janji rajin masak. Masak yang simple-simple pun dah memadai. Takkan tak tau masak langsung. Masak nasi pun dikira masak juga. Sebenarnya air tangan isteri ni merupakan pengikat kasih antara suami. Pernah dengar kata-kata ni 'kalau nak suami sayangkan kita, ikatla perutnya'. Lepas ni rajin-rajinla memasak wahai isteri di luar sana. Jangan asyik beli kat luar saja. Cewah nasihat macam dah bersuami tapi bakal bersuami heheh.

Hehehehhehehe

Berwajah Baru

Assalamualaikum...

Blog ni baru je cat, template yang lama tu nampak agak serabut dengan widget dan sebagainya tambah dengan line internet macam siput. Template kali ni kinah amik dari Nabila Medan. Nak buat sendiri tak pandai huhuhu. 

Kasi komen sikit



Pelatih PLKN Mati Dalam Bilik Mandi

Assalamualaikum...

Seorang pelatih PLKN ditemui mati di bilik mandi kem PLKN Pinggiran Pelangi. Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklumkan kepada pihak kem tersebut. Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara  (JLKN) Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, magsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan. Menurutnya lagi, mangsa sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan menjalani latihan bersama rakan-rakan pelatih seperti biasa. 



Monday, 23 September 2013

Jom Berzikir

Assalamualaikum...



NGO Bantah Cubaan Bawa Abu Mayat Chin Peng Ke Malaysia

Assalamualaikum...

Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  membuat laporan polis semalam untuk menggesa kerajaan bagi mengambil tindakan dan langkah-langkah tegas berhubung cubaan pihak tertentu yang didakwa merancang menyeludup abu mayat Chin Peng ke negara ini yang telah mati pada 16 September lalu di Bangkok, Thailand. Antara NGO yang terlibat membuat laporan serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya semalam ialah Sekretariat Gabungan NGO Selangor, Pertubuhan Kebajikan Keris Mas Malaysia, Persatuan Kebajikan Melayu Klang dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).

Sumber dari google

Keratan Akhbar Kosmo


Sunday, 22 September 2013

Kerajaan Pantau Usaha Seludup Abu Mayat Chin Peng

Assalamualaikum...

Kerajaan akan terus memantau usaha pihak tertentu yang didakwa merancang untuk menyeludup masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng ke negara ini. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan melalui pihak keselamatan akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap usaha tidak bertanggungjawab itu. Zahid turut memberitahu, tindakan larangan itu dilakukan bagi mengelak ketua pengganas itu diangkat sebagai ikon berikutan kematian lebih 10,000 mangsa dalam konflik berdarah PKM di Malaysia. Chin Peng meninggal dunia pada 16 September lalu di sebuah hospital di Bangkok akibat sakit tua.



Sumber dari google

Punca Jejaskan Produktiviti Kerana Mengantuk

Assalamualaikum...

Isu mengantuk bukan sahaja sering dihidapi oleh mereka yang baharu sahaja memulakan kerja, malah turut dihadapi oleh mereka yang telah bergelar senior. Terdapat beberapa faktor yang menjadi puncanya antaranya ialah kerja sehingga lewat malam, tidak nyenyak tidur, mahupun insomnia. Namun begitu, ada juga  yang terjadi adalah disebabkan kelalaian sendiri seperti keluar bersuka ria sehingga lewat malam umpama esok hari tidak bekerja. Oleh itu, terdapat beberapa tip bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah

Tidak cukup tidur 
Alasan pertama yang sering diberikan. Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang berkualiti supaya pada keesokkan harinya anda dapat bangun dengan penuh kesegaran.
 Gangguan Jiran
Masakan anda dapat tidur dengan lena dan bangun dengan segar keesokkan harinya jika ada jiran yang bertukang, berkaraoke, bertekak dengan kuat. Situasi ini agak sensitif kerana jika tersilap kata mungkin boleh membangkitkan perbalahan. 
Berseronok Hingga Lewat Malam
Bersuka ria selepa tamat waktu kerja merupakan aktiviti yang digemari terutamanya kepada mereka yang masih bujang. Tiada salahnya untuk bertemu janji dengan teman-teman tetapi perlu ada hadnya. Elakkan daripada berbual-bual sehingga lewat malam atau membiarkan badan sehingga terlalu letih.  
 Keletihan
Sedang segelintir bergembira, masih ada yang bekerja keras untuk menambah rezeki dengan bekerja lebih masa. Sikap sebegini seharusnya dipuji kerana tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bagaimanapun usah terlalu memaksa diri kerana tubuh memerlukan rehat secukupnya. Jadi bekerjalah apa yang termampu dan jangan biarkan masalah keletihan mengganggu hasil kerja anda.

Fouziah Gous Sah Bergelar Isteri

Assalamualaikum...

Dengan hanya sekali lafaz akad, pelakon Fouziah Gous sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Md. Zhafran Md Yusof semalam. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah, Muhd Sujak Mohd. Dasuki dengan disaksikan abang Fouziah, Nagoor Shah dan Syed Baba Mohd Gous serta wali, Abd. Wahab Mohd. Gous. Pada majlis itu, Fouziah kelihatan anggun menggenakan busana putih rekaan Atilia Amani menerima RM1112 sebagai mas kahwin dan wang hantaran sebanyak RM50,000. TAHNIAH!!!!


Saturday, 21 September 2013

Cubaan Seludup Abu Chin Peng

Assalamualaikum...

Terdapat desas-desus mengatakan bahawa abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng dirancang diseludup masuk ke negara ini untuk disemadikan di Sitiawan, Perak. Terdapat sumber mengatakan bahawa ada pihak tertentu didakwa tetap berkeras untuk membawa pulang abu mayat bekas pemimpin partti komunis itu ke Malaysia bagi memenuhi wasiat Chin Peng yang mahu disemadikan bersebelahan dengan kubur ibu bapanya. Oleh itu, pihak keselamatan menjangkakan selepas upacara membakar mayat selesai dilakukan pada pukul 5.30 petang di Wat That Thong, Bangkok Thailand Isnin ini akan ada pihak yang akan cuba mencari jalan untuk menyeludup masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini. Pihak-pihak yang terlibat tidak akan berputus asa dan mereka akan tetap membawa masuk abu mayat Chin Peng ke negara ini meskipun dihalang oleh kerajaan Malaysia.  Hal ini mengundang kemarahan banyak pihak pihak terutama bekas perajurit kita yang bertungkus lumus mempertahankan negara daripada kekejaman yang pernah dilakukan oleh bekas pemimpin parti itu.

sumber daripada google



Friday, 20 September 2013

Entah Ape-ape La

Assalamualaikum.....


Lalalallalalalallalala sang keldai tengah menyanyi lagu tiga kupang. 

 
(Masa muda dan bila dah berusia)
Yang ni pulak hmm gambar bajet cun la tu. Buruk benor rupernyer (amik ko cakap Perak dah ni)

Sape la yang ajar kupik durian macam ni, failed jadi menantu

Sekumpulan kucing sedang menyaksikan Tom & Jerry bergaduh. Tengah menuntut ilmula tu.

Aha, lepas ni korang siram motor mainan confirm jadi macam kat atas tu heheheh

p/s  entah ape-apela punyer entri malam ni. Takde sape nak layan tu jadi mereng jap

Dah jom tido....

Selamat malam ^_^

© Love Is Simple
Maira Gall