Rokok Oh Rokok


Assalamualaikum semua, bukak televisyen cerita pasai rokok sah, rokok tak sah hmm. Bagi Kinah la ye, rokok sah ke tak sah ke kalau dah keluar fatwa mengatakan rokok tu haram memang tetap haram sungguhpun rokok tu sah. Sah dan tak sah ni bukan undang-undang Islam tapi undang-undang Malaysia. Kenapa rokok yang tidak sah semakin hangat diperkatakan? Hal ini disebabkan berlakunya peningkatan kadar cukai pada rokok, jadi pihak yang tidak bertanggungjawab cuba membawa masuk rokok-rokok dengan cara haram iaitu seludup. Hmm antara rokok-rokok yang tidah sah adalah John. Semasa Kinah kerja dekat RTC Gopeng dulu, rakan sekerja kinah, budak lelaki pakat-pakat beli satu katon (betul ke ejaan ni?) dapat harga dengan lebih murah. Apa lagi Kinah pun bebel la kat diorang daripada korang membazir membeli rokok ni baik korang simpan dalam bank ada jugak faedahnya, tapi nasihat kinah tu umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Habis stok je order pastu dapat, see senang sangat. Lagipun benda ni dah lama dah jadi tapi baru sekarang dihebahkan. Kempen pun dah bermacam-macam dah tapi tak serik-serik lagi.


 Oleh itu, mainkan peranan kita, dengan melaporkan aktiviti jualan rokok pada pihak kastam. Untuk mengetahui lebih lanjut akan hal ini klik di sini


Post a Comment

7 Comments

  1. Rokok sah atau tak sah kedua2nya membahayakan kesihatan. Bezanya cuma satu, rokok yg sah mendatangkan hasil kpd kerajaan kerana dikenakan cukai.Sepatutnya pihak berkuasa tegaskan keharaman merokok sebagaimana difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebansaan.

    Macam berjudi juga, berdaftar atau tak ia tetap haram, tapi syarikat2 judi nombor ekor dan kasino mendatangkan hasil kepada kerajaan dan laga ayam dan main daun kat kg tak datangkan hasil kpd kerajaan.

    ReplyDelete
  2. takut tengok gambar2 tu kinah..huhu...

    ReplyDelete
  3. hisap okok mmg sedap je kn,xtau dalaman tuh merana sgt2..terbakar sane sini..bomba klu nk padam pn ssh..ingtal2 laa org tersayang ;)

    ReplyDelete
  4. Orang kita paling tak bertanggungjawab..... Memg kerajaan tak cekap atasi gejala rokok....tapi tak boleh ini jadi alasan kita terus beli rokok seludup... Dah terang terang salah nak buat jugak. Paling bagus klu berenti merokok terus.... Itu yang terbaik.

    ReplyDelete
  5. nasihatpun ada je jawapannya perokok tegar ni

    ReplyDelete
  6. hai sis.. datang singgah dan isi tabung.... actually, mereka tak fikir kesan jangka panjang yang mereka akan dapat.. satu dah membazir beli rokok, nanti bila dah sakit nak pakai duit lagi beli ubat, dah tu kalau kritikal.. nak bayar hspital la.. mcm2 la...

    ReplyDelete