Friday, 15 November 2013

Perlu Ke Tegur Orang Dengan Cara Tengking?


Assalamualaikum semua, perlu ke nak tegur orang dengan cara tengking sungguhpun kesalahan tu cuma perkara kecil je. Kenapa nak tengking-tengking tegurla elok-elok, macamla kita buat salah besar pulak, apa yang kita buat semua tak kena di mata, kalau dah menyampah sangat dengan kita takpela pandai-pandaila orang bawak diri jauh-jauh. Nak sangatkan, rasa nak lari je, dah tak tahan dah. Perasaan kita bila ditengking mestilah malu, tegur macam nak satu taman dengar. Apa ni? Buat kita macam takde perasaan pulak, cepatla dapat keje dah tak sanggup nak duduk rumah ni. Bukan sekali dua ditengking macam ni, banyak kali dah, bukan ditengking je, ngutuk keadaan fizikal kita ni, apa ni? Ingat kita ni tak ada perasaan ke? Bukan kita mintak dijadikan macam ni, Kenapaaaaaaa macam ni :(  Kalau orang ngata, tau pulak nak melenting, inilah manusia, mulut tempayan memang boleh ditutup, tapi mulut manusia ni, rasa nak di gam dengan gam gajah lepastu nak jahit baru puas hati ni. Geram yang teramat geram. Jangan ingat orang senyap sesuka hati nak mengata orang nak hina orang ni bangang ke ape ke, kena dekat batang hidung sendiri tau nak melenting. Satu lagi, kalau nak mengata orang tu cermin diri tu, awak tu sempurna sangat ke, diri sendiri belum tentu betul. Jangan sesuka hati nak cakap orang macam tu la macam ni la, ingat orang tak ada perasaan, pernah ke fikir perasaan yang awak duk tengking, hina ni?? Orang yang dihina ni jugak awak mintak tolong, memang dasar muka tak malu. Jangan ingat awak tu dah berumur, orang akan lebih hormatkan awak, itupun kalau awak punya mulut tu digunakan untuk bercakap perkara baik-baik, berzikir mendoakan orang tapi kalau mulut bau longkang orang akan hilang hormat. Jangan ingat dah lebih makan garam awak je yang betuiii. Tapi sebenarnya awak tu dah kena darah tinggi sebab terlebih makan garam. Fikir-fikirkanlah, sapa yang terasa tu muhasabahla diri tu, betul ke apa yang aku lakukan selama ni, pernah ke aku mengata keburukan orang, siapa terasa ada buat macam tu lebih baik mintak maaf pada orang tersebut.


Menci dengan orang yang bermuka-muka ni, Ya Allah kuatkanlah hatiku untuk menempuh dugaan dan ujian ni, sesungguhnya diriku rapuh. Jauhilah diriku daripada mereka kalangan yang zalim. Aaminn 

5 comments

  1. sabar ye dear .. bella n family pernah kena tengking masa mjlis kawin org lain.. huhuhu ..

    ReplyDelete
  2. sabar dear.. semoga cepat dapat keja.. :D

    ReplyDelete
  3. banyakka bersabar ya. BBL tak pernah kena tengking dengan customer walaupun BBL buat salah

    ReplyDelete
  4. sabar je awak. manusia memang ade sifat macam tow. chill je. btw, follow la blog baru saya ni http://thesulongstyle.blogspot.com/

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall