Macam-Macam Hal Masa Amik Jubah Konvo

Assalamualaikum semua, sunyi je blog ni dah beberapa hari tak update, malam tadi baru je sampai umah lepas berkampung di UUM nak ambik jubah punya pasai. Kinah pergi 23 hb aritu bas pagi Mara Liner, pukul 9.00 pagi dari Terminal Amanjaya, biasa dapat bas colour silver, ni naik bas colour gold memang vip sungguh. Dalam perjalanan pada mulanya lancar, apa lagi kinah pejam la tapi bila dah sampai Penang kinah tersedar, apehal pulak slow je ni, rupanya jem kat tol Juru, hmmm nampak gayanya lambatla nak sampai Alor Star.  Kinah tido lagi sedar-sedar dah sampai Jitra, terkejut kinah, apehal sampai ke sini?? Kinah kejut member, bangun weh kita kat Jitra ni, tekejut makcik tu hahha. Kitorang ingat telepas rupanya bas tu dia memang singgah ke Jitra dulu. Pelikkkk betul, singgah Jitra pastu pergi Alor Star. Selalunya Alor Setar dulu baru Jitra, lantakla janji sampai. Lega, sampai-sampai dah pukul 12.30 pm alamak bas mara Liner masuk UUM dah lepas, kena tggu sejam lagi. Parok den tunggu kitorang pergi makan dulu nanti sampai sana entah ada makanan lagi pun tak pasti.

Kitorang sampai UUM pukul 3.30 pm punyala perjalanannya. Nak pergi masuk ke DPP Kachi kena naik bas lain pulak, bas kitaran Unic. Budak UUM tau la bas ape tu, kitorang pun menyempit sekali dengan bebudak. Sampai terus serbu bilik rehat penginapan kitorang dulu. Penat tak usah kata 3 kali tukor bas hahah. Malam tu kinah dengan member pergi makan, lapar punya pasai. Malam tu memang tido awal esoknya nak bangun awal nak pergi ambik jubah tu. Esoknya memang awa kitorang pergi tapi ada lagi awal dari kitorang. Nombor giliran sekarang 102 kinah punya 312 jenuh lagi tunggu. Sementara tunggu giliran nak masuk bliik jubah, pergi tempah gambar atas pentas nanti, orang kat situ berduyun-duyun kinah yang rendang ni tenggelam. Fuhh tak bernafas dibuatnya, dekat tempat order tu dah sejam lebih tak lepas-lepas akhirnya berjaya jugak kinah mencilok barisan ahaha. Selepas bayar pergi pulak tengok angka giliran perghhh lagi beberapa orang je lagi nak sampai giliran kinah, dah macam kat bank pulak, angka giliran 312 kaunter 1. Pergi dan tunjuk borang dan masuk juga ke blik jubah, waaa banyak gila jubahnya, dan petugas kat situ tengok saiz kinah dia kasi S, kasi saiz lain kang meleret pulak jubah tu macam ahli sihir, nasib ngam-ngam.

Setel semua hal jubah, tunggu bas nak balik pulak. Haa ini memang satu hal yang begitu perit sekali. Kitorang tunggu bas dalam pukul 12.30 pm, bas sebijik pun tak muncul-muncul. Ahh sudah pukul berapa nak balik ni. Jenuh tunggu dekat 2 jam kitorang tunggu datang satu bas, Bas Darul Aman, fuh lega, bila tanya pergi Alor Star tak dia kata pergi Changlun je, shift kami dah habis. Naik je la, dari tunggu bas lain yang belum tentu datang. Stesen bas kat Changlun memang ada, tapi tak banyak pilihan, bila tanya satu-satu kaunter akhirnya dapat juga bas. Ekspress Kesatuan pukul 5 petang. Tengok tu kitorang tunggu dati tengahri last2 dapat bas petang. Sabor jela. Tunggu punya tunggu sampai pukul 5 bas tak sampai lagi, ahh sudah susah hati ni, bas datang tepat pukul 5.30pm. Akhirnya dapat naik bas, kitorang ingat direct ke Ipoh tak henti mane-mane rupanya pergi Sungai Petani pulak. Pukul berapa nak sampai umah. Sampai Penang jem lagi sabor je la. Ahirnya pukul 10.35 pm baru sampai Terminal Amanjaya, ayah dan adik pun dah tunggu. Terus je balik umah mandi semua nampak katil terus pejam. Tak ingat ape dah. Hampir setengah hari dengan bas je. Ni pun badan dah mula sakit-sakit. Tak sempat nak amik gambar dengan member sebab masing-masing kejar bas nak balik nak kerja dah. 

P.S inilah entri paling panjang sekali rasanya. Angkara jubah punya pasal hihi 

You Might Also Like

6 Pengomen Tegar

  1. hehehe...dayat kan ade :)
    **walaupon xde kene mengene :)

    ReplyDelete
  2. zumal pun teringat pengalaman dengan bas di uum dulu... nak gi kuliah macam sardin jadinya.
    Kalau weekend pulak berebut-rebut naik bas HBR nak balik kampung, kadang2 rosak tengah jalan pastu kena tunggu bas lain pulak... Geram betul

    ReplyDelete
  3. hehe...takpa sampai abes nana baca,dasyat tu ada jugak no giliran ye...masa nana dulu alhamdulillah...mudah je...takda no2 bagai...terus g mana kaunter yg kosong:)

    ReplyDelete
  4. Jauhnya perjalanan kinah.my sis pun nk g ambk jubah kt uum esok.insyaAllah convonya..saya dtg

    ReplyDelete
  5. fuhh! anne yg baca pun terasa penatnya.. hehe.. kesian kinah, takpe, rehat ye? :)

    ReplyDelete