Monday, 11 November 2013

Banyak Pulak Hal Hari Konvo Ni

Assalamualaikum semua, hmmm dalam dilema pun ada. Mana taknya semalam jiran belakang rumah menjemput kenduri kahwin anaknya pada 30 hb ni, anaknya pulak kawan masa sekolah tadika dulu aduhai tak pergila jawabnya dah tarikh sama dengan konvo kinah. Sungguhpun dah beritahu tak dapat datang, segan jugakkan tak pergi. Hmm itu satu hal, ni satu hal lagi tadi mak sedara belah ayah datang, datang hantar barang pastu beritahu sepupu kinah yang dekat Parit Buntar pulak nak bertunang aduhaiiii panjang lagi aduhaiiiinyala.  Awatla semua duk pakat buat tarikh yang sama. Sabor je la nampak gayanya kedua-duanya tak dapatla nak attend, dah tarikh sama dengan hari penting Kinah. Walau apapun selamat pengantin baru dan selamat bertunang pada korang. Tu tak tengok lagi event dekat Facebook tu, ada 5 event jenuhla nak pergi. Biasala hujung bulan ni dah start cuti sekolah dah, jadi semua ambil kesempatan ni untuk langsungkan majlis mereka. Tahun depan pulak wedding my bestfriend kat Pekan Pahang nun, yang tu kena pergi tak pergi mau membebel makcik tu tak pergi wedding dia. Poning Mokcik hahahhaah


3 comments

  1. hihi...nak buat camnakan...takpa...memasing ada hal memasing...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, nak buat camnekan, harap semua berjalan dengan lancar, Aaminn

      Delete
  2. pergi mana yg sempat n dekat jee kin..tb pn mcm2 gak ni.tp kne g yg sempat ajelaa..klu x kelam kabu nnti

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall