Sunday, 13 October 2013

Urat Kaki Bersimpul

Assalamualaikum...

Kali ni kinah nak share mengenai artikel dalam surat khabar Mingguan Harian dalam soal jawab doktor. Kinah suka baca mengenai soal jawab ni, sebagai add knowledge kita. Kali ni soal jawab doktor mengenai urat kaki bersimpul. Pernah alaminya?? Pada kebiasaannya urat bersimpul ni di alami oleh kaum wanita dan biasanya kelihatan pada kaki betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga berlaku di mana-mana bahagian anggota badan. Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang perjalanan darah menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Hmmm.. Urat tersimpul terjadi apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan kita boleh melihatnya di bawah kulit.

Urat simpul ni berlaku dalam kalangan wanita kira-kira satu dalam tiga wanita. Kita berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang lain atau jika berat badan kita berlebihan. Kita tidak boleh mengelak untuk menghalang masalah ini terjadi. namun terdapat beberapa cara untuk mengatasinya dengan baring atau tidur secara mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior kita. Letakkan bantal di bawah kaki dan di belakang, jangan duduk terlalu lama dan berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalanlah sekurang-kurangnya sekali setaip setengah jam dan membuat senaman ringkas untuk melancarkan peredaran darah. 

Pertambahan berat badan yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh mengakibatkan kita mudah mengalami urat simpul. Oleh itu, kita perlu mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. 



4 comments

  1. oo.. camtu ye.. thanks for sharing.. sya pun suka baca pasal info2 camtu..

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall