Nyawa atau Duit Mana Lagi Penting

by - Saturday, October 12, 2013

Assalamualaikum...

Hmm antara nyawa dan duit mana yang korang rasa paling penting? Persoalan ini telah dikemukakan oleh Encik Tunang malam tadi. Hmm bagi kinah, nyawa adalah penting dalam hidup kita, namun haaaa duit pun sekarang dah menjadi keutamaan dalam hidup. Kata orang 'No Money No Talk'. Takda duit tak boleh beli makanan, pakaian, barang yang kita perlu dan sebagainya. Ok sebagai contoh kita menghidapi penyakit kronik yang melibatkan nyawa kita dalam bahaya dan doktor arahkan untuk membuat pembedahan bagi memulihkan sakit kita tu, tapi pada masa tu kita pulak tiada duit untuk membuat pembedahan tu, so di sini kita boleh nampak ada hubungan di antara duit dengan nyawa, ni hipotesis kinah la. Walau macamana sekalipun nyawa adalah sangat penting tapi ada juga manusia yang tidak bersyukur dengan kurniaan Allah SWT apabila individu tersebut mengalami masalah telah mengambil jalan yang mudah dengan membunuh diri. Nauzubillah, membunuh diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sama-samalah kita semua muhasabahkan diri kita.  Bertindak mengikut akal fikiran yang waras bukan mengikut kata hati, renung-renungkanlah.


You May Also Like

6 Pengomen Tegar

  1. nyawa penting duit pown penting. dua2 ada ikatan. betul. setuju dengan akak. :)

    ReplyDelete
  2. pada ika, nyawa lagi penting. Duit tak semestinya boleh beli dan bayar segalanya. Bila kita yakin pada Dia, dan kita hidup besederhana seperti tuntutan nabi kita, insyaAllah isu duit bukan satu masalah atau jadi penghalang. Nyawa kita satu je, dan satu tu laa kita nak guna hingga akhir hayat kita, duit bila-bila masa boleh cari kalau kita usaha :)

    ReplyDelete
  3. Nyawa lagi penting sebab kalau ada duit banyak pum kita still xboleh nak beli 1 nyawa.

    So hargailah orang yg tersayang.hehe

    p/s: Zaman sekarang ni kedua2 nya penting kan.

    My recent post : Ouh Mum!

    ReplyDelete
  4. walaupon dt penting, dt xdpat membeli nyawa. ^_^ duit boleh dicari nyawa tiada galang ganti

    ReplyDelete