Sunday, 6 October 2013

# Kemalangan

Hasrat Melawat Anak Berkecai

Assalamualaikum...

Hasrat seorang ibu, Mek Kenanga Bakar, 50 dari Setiu untuk menziarahi anak lelakinya, Raja Mohamad Tarmizan,18 di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cador, Marang berkecai apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Baru Ajil, Hulu Terengganu semalam. Kemalangan yang berlaku di kilometer 2, Jalan Pengkalan Berangan-Ajil itu, menyebabkan adik angkatnya, Che Mah Awang, 44 dan suaminya Abdullah Mamat 54, meninggal dunia. Ketiga-tiga mereka menaiki Proton Iswara yang dipandu Abdullah. Seorang lagi magsa yang terkorban dalam nahas pada pukul 4.40 petang itu ialah pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, yang baru dua bulan mendirikan rumah tangga. Kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Ajil telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Iswara yang dipandu oleh Abdullah.

  
Sumber: Utusan.com.my

8 comments:

  1. innalillah..semoga ditempatkan dikalangan org yg beriman.. x dapat nak gambarkan perasaan sedih anak dia kehilangan ibu tersayang :'(

    ReplyDelete
  2. innalillah, takziah buat keluarga mangsa kemalangan. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan Allah. Sedihnya! Semoga Allah melindungi keluarga kita daripada segala bahaya. Amiin.

    ReplyDelete
  3. KESIANNYA :(

    semoga arwah dicucuri rahmat :(

    ReplyDelete
  4. sayunya... sedih.. alfatihah buat arwah..

    ReplyDelete

loading...

Total Pageviews