Saturday, 14 September 2013

Sudoku

Assalamualaikum...

Pernah dengar Sudoku? Sudoku mula diterbitkan pada tahun 1979 yang mana telah muda mendapat nama di Negara Matahari Terbit iaitu Jepun pada tahun 1986 dan semakin berkembang pada peringkat antarabangsa pada tahun 2005. Sudoku ni merupakan permainan berdasarkan logik yang mana ia turut dikenalo sebaga Number Place di Amerika Syarikat.  Matlamat permainan ini adalah memasukkan digit bernombor dari 1 hingga 9 ke dalam satu sel grid 9x9 dengan subgrid yang dipanggil ‘kawasan’  bermula dengan beberapa nombor yang telah diberi dalam sesetengah sel yang lain. Setiap sel dan kawasannya hanya boleh mempunyai satu kali sahaja bagi sesuatu nombor digit dari 1 hingga 9 tadi.  Permainan ini memerlukan kesabaran dan kemahiran berfikir secara logik. 

Gambar rajah sudoku
Kawasan 3x3 di sudut atas kanan mesti mempunyai satu nombor 5. Dengan melihat pada ufuk dan datar anda boleh mendapati lain-lain nombor 5 dan menghapuskan semua sel kosong di atas kanan yang tidak boleh ada nombor 5. Ini meninggalkan hanya satu sel yang boleh menerima nombor itu! (diwarnai hijau)
Cara penyelesaiannya terbahagi kepada dua teknik mudah iaitu silang hapus dan mengira digit 1 hingga 9 dari mengufuk dan menjajar untuk mengenalpasti nombor yang tiada di dalam sel. Kinah selalu menggunakan teknik yang kedua yang mana teknik ni mengira berdasarkan nombor yang terakhir dijumpai dan menjajikan penyelesaian yang lebih cepat. Permainan ni ada tahapnya daripada yang mudah hinggalah ke tahap yang  susah. Bagi yang mula berjinak-jinak bermain sudoku ni, seeloknya  bermula pada tahap yang mudah dulu kemudian barulah ke tahap seterusnya. Selamat mencuba ^_^



8 comments:

  1. pernah dengar ni dari ceta korea, diorang pon ada main jugak benda ni

    ReplyDelete
  2. Memang familiar sangat dengan sudoku nie..cuma nak mainnya tak berapa pandai..hihi

    ReplyDelete
  3. alamak.. mama tak pernah pulak dengar soduku ni.. betul ke mama eja ni kinah?,, hihi

    ReplyDelete
  4. dulu suka jgak main ni..tp skrang malas pulak nak berpikir~

    ReplyDelete
  5. Suka main soduku. Abang kita dh ajar cara ni.hehe

    ReplyDelete
  6. eiqa kdg2x stress gak main sudoku nie, ahaha
    geram klu x dapat settle kan.. ehehe
    cukup mncabar minda kita kann :)

    ReplyDelete