Punca Jejaskan Produktiviti Kerana Mengantuk

by - Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum...

Isu mengantuk bukan sahaja sering dihidapi oleh mereka yang baharu sahaja memulakan kerja, malah turut dihadapi oleh mereka yang telah bergelar senior. Terdapat beberapa faktor yang menjadi puncanya antaranya ialah kerja sehingga lewat malam, tidak nyenyak tidur, mahupun insomnia. Namun begitu, ada juga  yang terjadi adalah disebabkan kelalaian sendiri seperti keluar bersuka ria sehingga lewat malam umpama esok hari tidak bekerja. Oleh itu, terdapat beberapa tip bagi mengatasi masalah ini antaranya ialah

Tidak cukup tidur 
Alasan pertama yang sering diberikan. Pastikan anda mempunyai waktu tidur yang berkualiti supaya pada keesokkan harinya anda dapat bangun dengan penuh kesegaran.
 Gangguan Jiran
Masakan anda dapat tidur dengan lena dan bangun dengan segar keesokkan harinya jika ada jiran yang bertukang, berkaraoke, bertekak dengan kuat. Situasi ini agak sensitif kerana jika tersilap kata mungkin boleh membangkitkan perbalahan. 
Berseronok Hingga Lewat Malam
Bersuka ria selepa tamat waktu kerja merupakan aktiviti yang digemari terutamanya kepada mereka yang masih bujang. Tiada salahnya untuk bertemu janji dengan teman-teman tetapi perlu ada hadnya. Elakkan daripada berbual-bual sehingga lewat malam atau membiarkan badan sehingga terlalu letih.  
 Keletihan
Sedang segelintir bergembira, masih ada yang bekerja keras untuk menambah rezeki dengan bekerja lebih masa. Sikap sebegini seharusnya dipuji kerana tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Bagaimanapun usah terlalu memaksa diri kerana tubuh memerlukan rehat secukupnya. Jadi bekerjalah apa yang termampu dan jangan biarkan masalah keletihan mengganggu hasil kerja anda.

You May Also Like

3 Pengomen Tegar

  1. aya selalu ngantok dalam kelas..lagi teruk time drive nk g kelas..ngantuk sangat..kadang2 tertido sesaat :(

    ReplyDelete
  2. akak kalo bos ada memang mengantok sokmo tapi kalo boss xdak mata pon bulat ja ^_^

    ReplyDelete