Sunday, 29 September 2013

Cari Kerja Susah Sekarang

Assalamualaikum...

Sekarang nak dapat kerja memang susah. Mana taknya, sekali keluar daripada universiti bukannya sedikit tapi ramai, itu baru je satu universiti belum campur dengan IPTS lagi. Masing-masing sedang berlumba untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Macam Kinah jugakla, dah bermacam-macam permohonan dari online sampaila ke borang satu pun tak ada feed back. Frust jugakla, tapi nak buat macam mana itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh fresh graduate macam kami. Kebanyakan majikan nak yang ada experience tapi golongan fresh graduate macam kami ni tak diberi peluang macam mana nak timba pengalaman hmm tak rasional betul. Nak kata memilih kerja pun tak abis semua kita apply tapi takda jugak. Walau apa pun ini semua dah ditetapkan oleh Allah SWT, Dia yang telah tetapkan rezeki untuk kita. Kita cuma berusaha dan berdoa aje. Tapi ada jugak sesetengah pihak yang memandang serong terhadap kita dan sok sek asyik duduk rumah menambah berat badan je, sapa kata menambah berat badan, dalam masa yang sama kami keluar mencari kerja tapi dah tak ada rezeki untuk kita. Kadang-kadang rimas jugak bila dengar pelbagai tohmahan yang dilemparkan, sebelum cakap tu tolong fikir perasaan orang tu dulu. Ada rezeki tu cuma Allah belum tunjuk lagi. Bukan kita mintak jadi macam ni. 


8 comments

  1. same goes to me kinah ...
    anggap belum rezeki and usaha lg
    myb lmbt skit sbb nnti trus dpt kje yg best kot ..
    kalau dpt cept tp kinah xsuka xrezki jgk tu :)
    MG doakan kinah cpt dpt kje :)

    ReplyDelete
  2. @MG schmidt terima kasih MG. Kinah pun doakan MG cepat dapat keje :)

    ReplyDelete
  3. memang susah pown nak cari kerja. nak2 pesaing ramai lepasan kolej or U. alahai. hana pown keje part time je. T_T

    ReplyDelete
  4. @asha hana tula hana, orang tak faham.. kita yang alaminya bukan diorang. zaman dulu dengan sekarang beza sangat

    ReplyDelete
  5. betul dear, zaman sekarang tak sama dengan zaman dulu...

    ReplyDelete
  6. @Norhasniza Khalid itula mama, diorang nak banding dengan zaman dulu dengan sekarang memang susahla

    ReplyDelete
  7. akak dah laluinya...setahun duk umah..akhirnya dpt keje wp hanya cukup2 mkn..bersyukur..

    ReplyDelete
  8. x pe rezeki masing2 Allah dah tentukan hurm x pe cube la lagi... kadang2 ada hikmah tau ... mana tau nanti kinah dapat gaji besor pangkat besar huhu kan?doa banyak2 k....

    ReplyDelete

© Love Is Simple
Maira Gall