Thursday, 19 September 2013

# Luahan Hati # Macam-macam

Agihan Pendapatan AS1M 6.70 sen Seunit

Assalamualaikum

Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.70 sen seunit bagi Amanah Saham 1 Malaysia untuk tahun kewangan berakhir 30 September. Pengagihan pendapatan keempat itu merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit yang diumumkan pada tahun lepas. Oleh itu, semua pengagihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober. Menurut pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan semua urus niaga AS1M di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 September sehingga 30 September.   

Alhamdulillah, bertambah lagilah hasil AS1M ni. 




4 comments:

  1. alhamdulillah, bertambahlah simpanan ye :D

    ReplyDelete
  2. huhu...bab simpanan ni xambek tau pun,mak nana yang uruskan..terukkan:)

    ReplyDelete

loading...

Total Pageviews